Menjelang hari Kemerdekaan kita yang ke-51 pada Ogos 31 ini, yang mempunyai makna berlainan bagi sesetengah orang, saya ingin mengatakan secebis pendapat saya terhadap pemimpin-pemimpin negara kita, khasnya beberapa Perdana Menteri kita, yang lalu dan yang kini.
Apabila kita sebut saja Bapa Kemerdekaan, kita ada Tunku Abdul Rahman,
Apabila kita sebut saja Bapa Pembangunan, kita ada Tun Abdul Razak,
Apabila kita sebut saja Bapa Perpaduan, kita ada Tun Hussein Onn,
Apabila kita sebut saja Bapa Pemodenan, kita ada Tun Dr. Mahathir Mohammed,
Apa pula dengan PM kita kini, Dato' Seri Abdulah Badawi, saya rasa amat memadai kalau kita anugerahkan beliau gelaran Bapa Demokrasi, sebenarnya banyak perkara yang dilakukannya atau keputusan yang diambilnya, secara sengaja atau tidak, telah membuka ruang untuk perubahan drastik senario sosio-politik negara kita, hari ini rakyat Malaysia baru mengecapi rasa demokrasi yang sebenar.
Syabas diucapkan kepada Pak Lah kita.
Sedikit lagi ditokok tambah, jikalau Dato' Seri Anwar Ibrahim benar-benar menjadi PM, apakah gelaran yang paling sesuai kita anugerahkan?
Apakah lagi kalau bukan Bapa Reformasi?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment